Privacy Notice: Service Provider

Vendors/Suppliers/Distributors/Service Providers

Dear service providers,

This privacy notice (“Privacy Notice”) is issued to all vendors/suppliers/distributors/service providers of Securities Industry Dispute Resolution Center (“SIDREC, “we”, “us” or “our”), pursuant to the statutory requirements of the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”).

Personal data means any information in our possession that relates directly or indirectly to an individual to the extent that the individual can be identified from that and from other information in our possession such as your name, address, telephone numbers, NRIC No., date of birth, email address, etc.

The personal data collected from you will be used for purposes such as to communicate with you, engage you to provide products and/or services to us and/or on our behalf, respond to your enquiries or complaints, process your invoices in relation to the sale/supply/distribution of your products and/or services and other purposes required to operate and maintain our business or related to your relationship with us (collectively referred to as “Purposes”).

We may obtain your personal data from yourself and from a variety of sources, including from third parties connected with you (e.g. your other members), and from such other permissible or authorized sources (e.g. information collected when we visit your website or authorised directories).

We will process your personal data in accordance with the PDPA, its applicable regulations, guidelines and/or orders, taking into account the latest amendments to the foregoing, this Privacy Notice and any privacy terms contained in your agreement(s) or terms of use with us.

We will not disclose any of your personal data to any third party without your consent except to SIDREC, our professional advisers, vendors, suppliers, agents, contractors, service providers, business partners, insurance companies, banks, financial institutions, successor in title to us, any governmental agencies, regulatory authorities and/or statutory bodies, parties involved in any corporate exercise (e.g. proposed or actual mergers and/or acquisitions, joint venture, funding exercise, asset sale or for any other matter of such nature which relates to us), within or outside Malaysia, and where necessary, to any party who undertakes to keep your personal data confidential in carrying out the Purposes mentioned above or to persons to whom we are compelled or required under the law to make such disclosure to.

It is necessary for us to collect and process your personal data. If you do not provide us with your personal data, we will not be able to effectively engage you to provide products and/or services to us and/or on our behalf or process your personal data for any of the Purposes, if at all.

We are committed to ensuring that your personal data is stored securely. You have the right to request for access to, request for a copy of and request to update or correct, your personal data held by us. You also have the right at any time to request us to limit the processing and use of your personal data (for example, requesting us to stop sending you any marketing and promotional materials or contacting you for marketing purposes), subject to our right to rely on any statutory exemptions and/or exceptions to collect, use and disclose your personal data.

Your written requests or queries should be addressed to:

Attn: Privacy Officer

Address:
Securities Industry Dispute Resolution Center
Unit A-9-1, Level 9, Tower A
Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur  

T : +60-3-2282 2280
F: +60-3-2282 3855
E: operations@sidrec.com.my

By providing your personal data to us, you consent to us processing your personal data in accordance with this Privacy Notice, and you confirm that all personal data provided by you is accurate and complete, and that none of it is misleading or out of date. You will promptly update us in the event of any change to your personal data.

To the extent that you have provided (or will provide) personal data about your directors, shareholders, employees, representatives, agents (if you are a corporate entity/an organisation) and/or other individuals, you confirm that you have explained (or will explain) to them that their personal data will be provided to, and processed by, us and you represent and warrant that you have obtained their consent to the processing (including disclosure and transfer) of their personal data in accordance with this Privacy Notice.

We reserve the right to update and amend this Privacy Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Privacy Notice via announcements on our website or other appropriate means. If we amend this Privacy Notice, the amendment will only apply to personal data collected after we have posted the revised Privacy Notice.

In accordance with Section 7(3) of the PDPA, this Privacy Notice is issued in both English and Bahasa Malaysia. In the event of any inconsistencies or discrepancies between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.

Date of issuance of this Privacy Notice: 14 October 2020.

* * * * *

 

Vendor/Pembekal/Pengedar/Pembekal Perkhidmatan

Kepada para pembekal perkhidmatan,

Notis privasi ini (“Notis Privasi”) dikeluarkan kepada semua vendor/pembekal/pengedar/pembekal perkhidmatan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (“SIDREC”, “kita” atau “kami”), selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Data peribadi bermaksud maklumat dalam pegangan kami yang berkait samada secara langsung atau tidak kepada seseorang individu setakat membolehkan pengecaman individu ataupun pengecaman individu daripadanya dan maklumat lain dalam pegangan kami seperti nama anda, alamat, nombor-nombor telefon, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat emel, dll.

Data peribadi yang dikumpul daripada anda akan digunakan untuk tujuan-tujuan seperti untuk berkomunikasi dengan anda, melantik anda untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada kami dan/atau bagi pihak kami, memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda, memproses invois anda berkenaan dengan penjualan/pembekalan/pengedaran produk dan/atau perkhidmatan anda, dan tujuan-tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami atau berkaitan dengan perhubungan anda dengan kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).

Kami mungkin memperoleh data peribadi anda daripada diri anda dan daripada sumber-sumber lain, termasuk daripada pihak ketiga yang berkait dengan anda (sebagai contoh, ahli-ahli lain anda), dan daripada sumber-sumber lain yang dibenarkan atau telah diberikuasa (misalnya, maklumat yang dikumpul semasa kami melayari laman web anda atau direktori lain yang dibenarkan).

Kami akan memproses data peribadi anda menurut kepada PDPA, peraturan-peraturannya yang terpakai, garis-garis panduan dan/atau perintah-perintah, dengan mengambil kira pindaan-pindaan terkini kepada yang terdahulu, Notis Privasi ini dan sebarang terma privasi yang terkandung dalam perjanjian anda atau syarat-syarat penggunaan dengan kami.

Kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali kepada para penasihat professional kami, vendor, pembekal, ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, pewaris hakmilik kepada kami, mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa dan/atau badan berkanun, para pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat/wakilnya) berkaitan dengan sebarang proses korporat, misalnya sebarang penggabungan dan/atau pengambilalihan, usaha sama, latihan pembiayaan, penjualan aset yang dicadangkan atau sebenarnya atau untuk mana-mana perkara bersamaan jenis yang berkaitan dengan kami, di dalam atau di luar Malaysia, dan sekiranya diperlukan, kepada mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit dalam melaksanakan Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas atau kepada pihak-pihak sepertimana yang diwajibkan atau diperuntukkan di bawah undang-undang untuk membuat pendedahan tersebut.

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat melantik anda untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada kami dan/atau bagi pihak kami secara efektif atau memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas, jika ada.

Kami berkomited kepada memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (misalnya, meminta kami untuk memberhentikan penghantaran sebarang bahan-bahan pemasaran dan promosi kepada anda atau menghubungi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran), tertakluk kepada hak kami untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian statutory dan/atau pengecualian untuk mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.

Permintaan atau pertanyaan bertulis anda harus ditujukan kepada:

Kepada: Pegawai Privasi

Alamat:
Securities Industry Dispute Resolution Center
Unit A-9-1, Level 9, Tower A
Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur  

T : +60-3-2282 2280
F: +60-3-2282 3855
E: operations@sidrec.com.my

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda menurut kepada Notis Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau lapuk. Anda akan segera memberitahu kami sekiranya terdapat sebrang perubahan kepada data peribadi anda.

Setakat mana yang anda telah memberikan (atau akan memberikan) data peribadi megenai pengarah, pemegang saham, wakil, ejen (jikalau anda ialah sebuah entiti korporat/organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh kami, dan anda memberi representasi dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut kepada Notis Privasi ini.

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda mengenai sebarang perubahan kepada Notis Privasi ini melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara lain yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis Privasi ini, pindaan tersebut hanya akan terpakai untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi yang terpinda.

Menurut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Tarikh Notis Privasi ini dikeluarkan: 14 Oktober 2020.