• English
  • Bahasa Malaysia
about-us-banner

WHO WE ARE

SIAPA KAMI

Siapa Kami

SIDREC ialah badan korporat yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian kewangan antara pelabur dan Ahli SIDREC yang memegang lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau yang didaftar oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjalankan akitiviti terkawal yang berikut:

  • Urus niaga Sekuriti
  • Urus niaga Derivatif
  • Urus niaga Unit Amanah
  • Urus niaga Skim Persaraan Swasta (PRS)
  • Pengurusan Dana

Ahli kami termasuklah Bank, Broker, Syarikat Pengurusan Dana, Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Penyedia dan Pengedar PRS.

sidrec-framework-bm

Bagaimana Kami Boleh Membantu

Kami adalah badan penyelesaian pertikaian alternatif yang mengendalikan pertikaian tuntutan kewangan oleh pelabur terhadap pengantara pasaran modal yang berkaitan produk atau perkhidmatan pasaran modal. Kami membantu menyelesaikan tuntutan sedemikian dengan adil, cekap, dan dalam jangkamasa yang berpatutan.

SIDREC Memanfaatkan Pelabur & Ahli

  • Pusat sehenti yang mengendalikan tuntutan pertikaian pasaran modal dengan percuma*. Perkhidmatan kami cepat dan cekap, dan mudah untuk pelabur.
  • Meningkatkan pemahaman pelabur mengenai pasaran modal dan tanggungjawab mereka terhadap pelaburan mereka.
  • Meningkatkan pemahaman Ahli tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelabur
  • Badan khas yang bebas dan berkecuali yang membantu menyelesaikan pertikaian pasaran modal dengan pengetahuan pakar dan pengalaman.

* Untuk tuntutan tidak melebihi RM250,000

Untuk maklumat lanjut tentang SIDREC, sila rujuk kepada laman Soalan-Soalan Lazim yang disediakan di laman web ini.