• English
  • Bahasa Malaysia

Articles

Sidrec Offical Explaining How Sidrec Works To A Kuwaiti Participant At Gemrc

SIDREC bertemu dengan peserta antarabangsa persidangan pasaran pesat membangun

SIDREC mengambil bahagian dalam pameran yang dianjurkan sempena majlis pelancaran hab Asia Pacifik Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) dan Persidangan Kawal Selia Pasaran Pesat Membangun Global 2017 (GEMRC) yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 14 Mac 2017. Majlis tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, diiringi oleh Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh dan Pengerusi Lembaga IOSCO Ashley Alder yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih daripada 300 peserta antarabangsa dan tempatan.

Hab Asia Pasifik IOSCO, yang terletak di bangunan SC di Kuala Lumpur, merupakan pejabat pertama IOSCO di luar ibu pejabatnya di Madrid, Sepanyol.

Pegawai SIDREC menggunakan kesempatan tersebut untik menjelaskan kepada pengunjung ke kios SIDREC tentang peranan SIDREC dalam pasaran modal. Ketua Pengawai Eksekutif SIDREC Sujatha Sekhar Naik mengendalikan perbincangan panel sebagai moderator untuk topik ‘Menggunakan Ekonomi Kelakuan Sebagai Tuas untuk Memperkasakan Pelabur’, pada hari kedua persidangan tiga hari tersebut.

sidrec_gemrc_14-march-2017-1

sidrec_gemrc_14-march-2017-2

sidrec_gemrc_14-march-2017-3

sidrec_gemrc_14-march-2017-4