• English
  • Bahasa Malaysia

Articles

Msam 2017 Sidrec Learning About Alternative Dispute Resolution In The Capital Markets

Moh, Temerloh!

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah menganjurkan program pameran pendidikan kewangan bersepadu, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM): Pelaburan 360 PNB di Dataran Temerloh, Temerloh, Pahang dari 20 hingga 25 April. SIDREC dan Private Pension Administrator (PPA) telah mengambil bahagian dalam program tersebut di bawah payung badah berkanun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Pasukan InvestSmart SC, PPA dan SIDREC telah berganding bahu untuk menjayakan pameran enam hari tersebut.

SIDREC gembira bertemu dengan rakyat untuk menjelaskan peranan SIDREC dalam membantu pelabur yang menghadapi pertikaian dengan pengantara pasaran modal seperti bank, broker saham, broker niaga hadapan, syarikat pengurusan dana, syarikat pengurusan unit amanah dan penyedia dan pengedar Skim Persaraan Swasta (PRS). Pameran yang penuh akiviti menarik (dan juga hadiah menarik) itu telah menarik beribu-ribu pengunjung setiap hari dari Temerloh dan luar, termasuk murid sekolah, pelajar kolej dan universiti dan mereka yang ingin mengetahui lebih tentang pelaburan. MSAM mensasarkan pengunjung seramai 150,000 orang

 

msam-2017-sidrec-quiz-on-private-retirement-schemes-and-how-sidrec-helps-investors-in-the-capital-markets

PPA dan SIDREC menganjurkan kuiz bersama untuk pengunjung ke pameran SC.

msam-2017-sidrec-scs-investment-helps-everyone-to-understand-how-to-invest-in-the-capital-markets

Tua dan muda dijemput ke bilik taklimat di pameran SC. Pengunjung mendengar dengan teliti taklimat wakil InvestSmart tentant asas pelaburan. Di dinding pameran ialah poster proses penyelesaian pertikaian SIDREC.

msam-2017-sidrec-scs-investsmart-helps-the-people-to-understand-about-investment-in-unit-trusts

Pasukan InvestSmart membuat tinjauan untuk mengetahui tahap pemahaman orang ramai tentang produk pasaran modal. Begitu juga SIDREC, yang juga menjalankan tinjauan ringkas di MSAM untuk mengetahui lebih lanjut kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan SIDREC.