• English
  • Bahasa Malaysia

Articles

KK SIDREC Team2

Kami menunggu anda di Karnival Kewangan Kedah

Kunjungilah kami di Kiosk B-13 di Karnival Kewangan Kedah bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, daripada hari ini, 19 Januari (Jumaat) sehingga 21 Januari (Ahad).

Datanglah dengan kawan-kawan dan saudara-mara. Aktiviti-aktiviti menarik termasuklah kuiz bersama selebriti, cabutan bertuah, pelbagai taklimat, pertandingan dan bengkel, untuk warga tua dan muda. Tema karnival ini adalah Utamakan Keperluan Kewangan Anda.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Muhammad Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah melancarkan upacara pembukaan Karnival Kewangan pagi ini.

Untuk maklumat terkini, jadual aktiviti, senarai pempamer (and juga jadual bas percuma ke karnival), sila layari https://www.karnivalkewangan.com.my/kedah/